KHASIAT BEE POLLEN
Bee Pollen ialah salah satu makanan paling unik dan mujarab
yang dapat diperolehi dari alam semulajadi. Pollen merupakan debunga jantan
yang dikumpul oleh lebah-lebah pekerja. Lebah-lebah ini akan menambah nektar
atau madu daripada pundi madu mereka ke atas pollen yang akan menukarkannya
dari bentuk serbuk yang teramat halus kepada butiran yang mampat atau granul.
Kemudian, Bee Pollen ini dibawa balik ke sarang mereka. Lebah-lebah itu akan
menambahkan enzim ke atasnya untuk menghalang percambahan dan menukarkannya
kepada makanan bagi anak-anak lebah melalui proses metabolisma.
Zat makanan Bee Pollen
Bee Pollen amat kaya dengan Vitamin A, Provitamin A
(karotenoid), B kompleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, zat galian (seperti
kalsium, zat besi, kalium dan magnesium yang diperlukan untuk fungsi tubuh
manusia), asid amino, hormon, enzim, lesitin, karbohidrat dan lemak, serta
beberapa jenis antibiotik semulajadi dalam konsentrasi yang agak tinggi.
Faedah-faedah Bee Pollen
Peningkat sistem keimunan – Bee Pollen mempunyai keupayaan
untuk menghapuskan bahan toksik dan mengeluarkan racun daripada tubuh badan.
Sifat mudah-cernanya dalam sistem pencernaan menyebabkannya mudah diserap ke dalam aliran darah dan seterusnya merangsang gerak balas imunologi untuk membantu mereka yang mengalami rasa mual, masalah tidur dan masalah berkaitan sistem kencing dan rektum.
Ia membantu meningkatkan kekuatan tenaga dan mempercepatkan kadar pemulihan tubuh.
Ia meringankan keletihan mental dan meningkatkan kepekaan.
Ia menguatkan sistem pernafasan dan membina sistem pertahanan tubuh kita.
Ia membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah dan fungsi seksual.
Akhir sekali, ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara menaikkan kadar pembakaran kalori dan menstabilkan metabolisma yang lemah.
Sifat mudah-cernanya dalam sistem pencernaan menyebabkannya mudah diserap ke dalam aliran darah dan seterusnya merangsang gerak balas imunologi untuk membantu mereka yang mengalami rasa mual, masalah tidur dan masalah berkaitan sistem kencing dan rektum.
Ia membantu meningkatkan kekuatan tenaga dan mempercepatkan kadar pemulihan tubuh.
Ia meringankan keletihan mental dan meningkatkan kepekaan.
Ia menguatkan sistem pernafasan dan membina sistem pertahanan tubuh kita.
Ia membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah dan fungsi seksual.
Akhir sekali, ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara menaikkan kadar pembakaran kalori dan menstabilkan metabolisma yang lemah.
BEE POLLEN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH PENCERNAAN
Enzim amilase dalam Bee Pollen adalah mangkin biologi yang
diperlukan untuk proses pencernaan. Ia membantu dalam pencernaan makanan. Di
samping itu, ia juga membantu mencetuskan aktiviti pelarasan fungsi gastro-usus
yang berkaitan dengan sembelit kronik dan beberapa kes cirit birit
BEE POLLEN MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
Bee Pollen kaya dengan lesitin iaitu sejenis pengemulsi
lemak yang berkesan untuk memecahkan lemak dalam tubuh badan kita. Ia juga
mengandungi ‘phenylalanine’ iaitu sejenis asid amino semulajadi yang bertindak
sebagai penindas selera makan. Walau bagaimanapun, kesan pengurangan berat
hanya dapat dilihat sekiranya pemakanan terkawal serta senaman teratur
diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
BEE POLLEN SESUAI UNTUK WANITA HAMIL
DXN Bee Pollen ialah produk yang selamat untuk dimakan oleh
semua orang walaupun bagi wanita yang sedang hamil. Bee Pollen mencegah
kekurangan zat semasa hamil dan semasa tempoh penyusuan bayi. Bagaimanapun,
bagi wanita yang hamil, boleh mendapatkan nasihat dari doktor sebelum memulakan
pengambilan Bee Pollen.
BEE POLLEN MEMBANTU MENGELAKKAN MASALAH ANAEMIA
Anaemia berlaku apabila tubuh kita kekurangan zat besi,
protein, vitamin B dan asid folik. Kekurangan zat-zat ini akan mengurangkan
kadar penghasilan sel darah merah (hemoglobin) di dalam tubuh kita. Dengan
memakan Bee Pollen yang kaya dengan zat besi, protein, vitamin B dan asid
folik, ia dapat menambahkan bekalan keperluan zat-zat ini kepada tubuh dan
seterusnya menghalang dan memperbaiki keadaan anemia dengan merangsangkan
penghasilan hemoglobin.
BEE POLLEN SESUAI UNTU PEMAKAN SAYUR (VEGETERIAN)
Nilai pemakanan pollen adalah setanding dengan sayuran
segar, salad, buah-buahan dan ia merupakan pengganti sumber protein yang hebat.
Bee Pollen ialah makanan tambahan yang tulen dan tidak diproses, ia mengandungi
100% bahan asas tumbuhan yang dihasilkan oleh bunga-bungaan, herba,
tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok yang dikumpulkan oleh lebah madu. Ia juga bebas
dari sebarang bahan pengawet buatan manusia.
BEE POLLEN SESUAI UNTUK LELAH DAN MASALAH ALAHAN
Kami mencadangkan anda bermula dari dos yang rendah. Sebagai
permulaan, anda boleh mengambil dua tablet sehari pada minggu yang pertama
untuk membina sistem keimunan anda secara perlahan-lahan. Kemudian, anda boleh
menambahkan pengambilan secara beransur-ansur sehingga sampai ke tahap yang
disyorkan. Bagaimanapun, bagi mereka yang alah kepada produk hasil lebah,
adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi atau pakar
pemakanan sebelum memulakan pengambilan sebarang produk hasil lebah.
Bee Pollen DXN pilihan terbaik
Bee Pollen DXN adalah hasil asli dari alam semulajadi. Ia
bebas dari bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa atau bahan tiruan yang lain.
Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai masalah alahan, adalah dinasihatkan
untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi atau pakar pemakanan sebelum
memulakan pengambilan Bee pollen. Bee Pollen DXN pilihan terbaik kerana:
• Bee Pollen yang dipilih adalah berkualiti tinggi
• Dihasilkan oleh kilang yang mempunyai pengiktirafan
“Amalan Perkilangan Baik” (Good Manufacturing Practice (GMP)) yang mempunyai
makmal dan peralatan eksklusif.
• Diproses dengan menggunakan teknologi canggih untuk
memastikan khasiatnya dikekalkan.
• Setiap kelompok produk diuji di bawah kawalan kualiti yang
ketat.
• Tiada penambah kimia dan pengawet.
• Sesuai untuk setiap peringkat umur dan untuk pengambilan
jangka lama.
• Bentuk tablet yang menyenangkan pengambilan pada setiap
masa dan tempat.
Bee Pollen DXN untuk semua orang
Orang dewasa biasanya disyorkan memakan sebanyak 6 tablet
sehari untuk mengekalkan kesihatan. Ia juga adalah DXN menyediakan Bee Pollen
dalam bentuk tablet. selamat dimakan bersama produk DXN yang lain. DXN Bee
Pollen boleh dimakan pada bila-bila masa, sebelum atau selepas makan. Pengguna
boleh memakan DXN Bee Pollen walaupun sedang menjalani rawatan ubatan barat.
=======================
HARGA
DXN Bee Pollen Tablets 120 Tablets :RM65.60
======================
Nak Order...Klik link wasap saya ni
0 comments:
Post a Comment