KHASIAT BEE POLLEN
Bee Pollen ialah salah satu makanan paling unik
dan mujarab yang dapat diperolehi dari alam semulajadi. Pollen merupakan
debunga jantan yang dikumpul oleh lebah-lebah pekerja. Lebah-lebah ini akan
menambah nektar atau madu daripada pundi madu mereka ke atas pollen yang akan
menukarkannya dari bentuk serbuk yang teramat halus kepada butiran yang mampat
atau granul. Kemudian, Bee Pollen ini dibawa balik ke sarang mereka.
Lebah-lebah itu akan menambahkan enzim ke atasnya untuk menghalang percambahan
dan menukarkannya kepada makanan bagi anak-anak lebah melalui proses
metabolisma.
Zat makanan Bee Pollen
Bee Pollen amat kaya dengan Vitamin A,
Provitamin A (karotenoid), B kompleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, zat
galian (seperti kalsium, zat besi, kalium dan magnesium yang diperlukan untuk
fungsi tubuh manusia), asid amino, hormon, enzim, lesitin, karbohidrat dan
lemak, serta beberapa jenis antibiotik semulajadi dalam konsentrasi yang agak
tinggi.
Faedah-faedah Bee Pollen
Peningkat sistem keimunan – Bee Pollen
mempunyai keupayaan untuk menghapuskan bahan toksik dan mengeluarkan racun
daripada tubuh badan.
Sifat mudah-cernanya dalam sistem pencernaan menyebabkannya mudah diserap ke dalam aliran darah dan seterusnya merangsang gerak balas imunologi untuk membantu mereka yang mengalami rasa mual, masalah tidur dan masalah berkaitan sistem kencing dan rektum.
Ia membantu meningkatkan kekuatan tenaga dan mempercepatkan kadar pemulihan tubuh.
Ia meringankan keletihan mental dan meningkatkan kepekaan.
Ia menguatkan sistem pernafasan dan membina sistem pertahanan tubuh kita.
Ia membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah dan fungsi seksual.
Akhir sekali, ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara menaikkan kadar pembakaran kalori dan menstabilkan metabolisma yang lemah.
Sifat mudah-cernanya dalam sistem pencernaan menyebabkannya mudah diserap ke dalam aliran darah dan seterusnya merangsang gerak balas imunologi untuk membantu mereka yang mengalami rasa mual, masalah tidur dan masalah berkaitan sistem kencing dan rektum.
Ia membantu meningkatkan kekuatan tenaga dan mempercepatkan kadar pemulihan tubuh.
Ia meringankan keletihan mental dan meningkatkan kepekaan.
Ia menguatkan sistem pernafasan dan membina sistem pertahanan tubuh kita.
Ia membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah dan fungsi seksual.
Akhir sekali, ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara menaikkan kadar pembakaran kalori dan menstabilkan metabolisma yang lemah.
BEE POLLEN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH
PENCERNAAN
Enzim amilase dalam Bee Pollen adalah mangkin
biologi yang diperlukan untuk proses pencernaan. Ia membantu dalam pencernaan
makanan. Di samping itu, ia juga membantu mencetuskan aktiviti pelarasan fungsi
gastro-usus yang berkaitan dengan sembelit kronik dan beberapa kes cirit birit
BEE POLLEN MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
Bee Pollen kaya dengan lesitin iaitu sejenis
pengemulsi lemak yang berkesan untuk memecahkan lemak dalam tubuh badan kita.
Ia juga mengandungi ‘phenylalanine’ iaitu sejenis asid amino semulajadi yang
bertindak sebagai penindas selera makan. Walau bagaimanapun, kesan pengurangan
berat hanya dapat dilihat sekiranya pemakanan terkawal serta senaman teratur
diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
BEE POLLEN SESUAI UNTUK WANITA HAMIL
DXN Bee Pollen ialah produk yang selamat untuk
dimakan oleh semua orang walaupun bagi wanita yang sedang hamil. Bee Pollen
mencegah kekurangan zat semasa hamil dan semasa tempoh penyusuan bayi.
Bagaimanapun, bagi wanita yang hamil, boleh mendapatkan nasihat dari doktor sebelum
memulakan pengambilan Bee Pollen.
BEE POLLEN MEMBANTU MENGELAKKAN MASALAH ANAEMIA
Anaemia berlaku apabila tubuh kita kekurangan
zat besi, protein, vitamin B dan asid folik. Kekurangan zat-zat ini akan
mengurangkan kadar penghasilan sel darah merah (hemoglobin) di dalam tubuh
kita. Dengan memakan Bee Pollen yang kaya dengan zat besi, protein, vitamin B
dan asid folik, ia dapat menambahkan bekalan keperluan zat-zat ini kepada tubuh
dan seterusnya menghalang dan memperbaiki keadaan anemia dengan merangsangkan
penghasilan hemoglobin.
BEE POLLEN SESUAI UNTU PEMAKAN SAYUR
(VEGETERIAN)
Nilai pemakanan pollen adalah setanding dengan
sayuran segar, salad, buah-buahan dan ia merupakan pengganti sumber protein
yang hebat. Bee Pollen ialah makanan tambahan yang tulen dan tidak diproses, ia
mengandungi 100% bahan asas tumbuhan yang dihasilkan oleh bunga-bungaan, herba,
tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok yang dikumpulkan oleh lebah madu. Ia juga bebas
dari sebarang bahan pengawet buatan manusia.
BEE POLLEN SESUAI UNTUK LELAH DAN MASALAH
ALAHAN
Kami mencadangkan anda bermula dari dos yang
rendah. Sebagai permulaan, anda boleh mengambil dua tablet sehari pada minggu
yang pertama untuk membina sistem keimunan anda secara perlahan-lahan.
Kemudian, anda boleh menambahkan pengambilan secara beransur-ansur sehingga
sampai ke tahap yang disyorkan. Bagaimanapun, bagi mereka yang alah kepada
produk hasil lebah, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli
farmasi atau pakar pemakanan sebelum memulakan pengambilan sebarang produk
hasil lebah.
Bee Pollen DXN pilihan terbaik
Bee Pollen DXN adalah hasil asli dari alam
semulajadi. Ia bebas dari bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa atau bahan
tiruan yang lain. Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai masalah alahan,
adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi atau pakar
pemakanan sebelum memulakan pengambilan Bee pollen. Bee Pollen DXN pilihan
terbaik kerana:
• Bee Pollen yang dipilih adalah berkualiti
tinggi
• Dihasilkan oleh kilang yang mempunyai
pengiktirafan “Amalan Perkilangan Baik” (Good Manufacturing Practice (GMP))
yang mempunyai makmal dan peralatan eksklusif.
• Diproses dengan menggunakan teknologi canggih
untuk memastikan khasiatnya dikekalkan.
• Setiap kelompok produk diuji di bawah kawalan
kualiti yang ketat.
• Tiada penambah kimia dan pengawet.
• Sesuai untuk setiap peringkat umur dan untuk
pengambilan jangka lama.
• Bentuk tablet yang menyenangkan pengambilan
pada setiap masa dan tempat.
Bee Pollen DXN untuk semua orang
Orang dewasa biasanya disyorkan memakan
sebanyak 6 tablet sehari untuk mengekalkan kesihatan. Ia juga adalah DXN
menyediakan Bee Pollen dalam bentuk tablet. selamat dimakan bersama produk DXN
yang lain. DXN Bee Pollen boleh dimakan pada bila-bila masa, sebelum atau
selepas makan. Pengguna boleh memakan DXN Bee Pollen walaupun sedang menjalani
rawatan ubatan barat.
=======================
HARGA
DXN Bee Pollen Tablets 120 Tablets :RM65.60
======================
Nak Order...Klik link wasap saya ni
0 comments:
Post a Comment